DISEMBER 2022

Makmal CIDB Uji Produk Baharu Industri Pembinaan


KUCHING: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Sarawak memiliki sebuah makmal baharu yang siap siap dibina bagi menguji produk untuk industri pembinaan tempatan.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, makmal masih lagi memerlukan beberapa peralatan keperluan sebelum memberikan perkhidmatan terbaik. 

"Sebelum ini kita perlu menghantarkan produk-produk baharu ke Semenanjung bagi menjalankan ujian. Ini semestinya menambahkan kos," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke CIDB Sarawak, Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan CIDB Tech Wilayah Sarawak di sini.

Pada lawatan tersebut, beliau melawat pameran mini ABM, Rumah Contoh Menggunakan Teknologi Pencetakan 3 Dimensi(3D Printing), Makmal Kerja Raya Cawangan Sarawak dan Makmal Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

Katanya, kemudahan yang disediakan itu mampu melahirkan tenaga kerja mahir kepada industri pembinaan tempatan.

Turut hadir, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid, Pengarah CIDB Sarawak, Saini Saidi dan Ketua Pegawai Eksekutif ABM Sarawak, Abdul Rahman Ahmad.

Sumber dari : Jiwa Bakti